Daisypath Anniversary tickers

.: PETUA MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU :.

Terdapat beberapa petua yang boleh dijadikan panduan untuk memperbanyakkan pengeluaran susu ibu. Ada yang berkesan bagi sesetengah ibu tetapi tidak kepada yang lain. kite bolehlah mencuba setiap satu darinya atau memilih yang mana yang paling mudah untuk dilakukan dan sesuai untuk diri kita sdiri.

1. Petua yang paling mujarab dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan adalah dengan menambahkan lagi kekerapan penyusuan. Lebih banyak susu dkeluarkan dari payudara ibu, lebih banyaklah susu gantian yang akan dihasilkan semula. Dengan cara ini, bekalan susu akan dapat ditingkatkan.

2. Mengambil herba atau makanan tambahan dapat membantu bagi sesetengah ibu. Antara herba atau makanan tambahan yang pernah dianjurkan adalah:
- minuman soya yang berkandungan protin tinggi. Ambillah minuman soya sebagai minuman tambahan sebelum atau selepas penyusuan
- spirulina yang mengandungi pelbagai zat tambahan sesuai untuk ibu menyusu. Makanlah spirulina mengikut sukatan yang dianjurkan oleh pengeluar produk
- halba(fenugreek) iaitu sejenis rempah yang biasa dimasukkan dalam masakan kari. Halba ini boleh didapati di kedai runcit(india). Basuhlah bersih-bersih halba ini dan keringkan. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan ambil sebanyak 1 sudu makan setiap kali untuk dimakan. Cara memakannya terpulang. Ada yang merendam di dalam air panas selama 15 minit dan meminum air rendaman halba. Ada juga yang menelan terus halba tersebut.
- Habas sauda(jintam hitam) juga boleh diambil dan didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu
- Herba Shatavari(asparagus recemos) dari Himalaya juga dikatakan dapat menambah pengeluaran susu.

3.Pengambilan cecair yang mencukupi dalam bentuk minuman berkhasiat, susu atau air kosong dapat menjamin pengekalan kandungan air di dalam badan ibu dan membantu melancarkan lagi pengeluaran susu ibu.

4.Selain dari kaedah herba, ubat yang boleh didapati di farmasi juga dapat membantu pengeluaran susu. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini tidak digalakkan untuk penggunaan ibu menyusu biasa. Ini kerana sesetengah ubat seperti Domperidone atau Maxalone ada memberi kesan sampingan bagi sesetengah ibu. Ubat seperti ini biasanya dianjurkan untuk ibu yang mengambil anak angkat dan mahu menstimulasi pengeluaran susu supaya dapat menyusukan anak angkatnya.


sumber : aku cari dari tenet semasa aku mengalami masalah pengeluaran susu ibu yg amat sedikit. skang ni, alhamdulillah.





3 Responses
  1. is-nanie Says:

    hm.. july lps baru join blog.. ade 2 entries je. bulan nih dah smpai 30+.. hahaha..
    byk info tp is xleh apply lg..
    kang dah kawen.. leh rujuk balik blog kaksue nih... hihihi..


  2. nasya naim Says:

    ::kak sue ni bg info yg menarik..::


  3. $ue @nim Says:

    tu la is.. kalu dh leh guna tenet free, weekend pn smpt lagi berblog.. :D skang ni leh guna kakak kaksu nye broadband la.. tp lps raya ni, xdpt la nk wat camni lg.. tuan dia dh nk amik la..

    nnt is ngan nas, cepat2 la kawen.. leh try tips yg kaksu kasi nih.. :D