Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

.: ATASI STRESS :.

sedikit tips yg aku dapat dari majalah PA & MA yg boleh dikongsi bersama...



-------- Atasi stress melalui makanan --------


APRIKOT
mengandungi magnesium yg mampu mengatasi stress.juga terkenal dengan cara semulajadi untuk merelakskan sendi2 badan jika rajin memakannya dengan kerap.

OREN
mengandungi vitamin C yg boleh mengurangkan stress dan mengembalikan semula tekanan darah ke asal apabila berada dlm situasi yg membimbangkan. vitamin C juga sebenarnya amat baik untuk menggalakkan sistem imunisasi dlm badan.

AVOKADO
mengandungi potasium yg mampu mengurangkan tekanan darah. avokado mengandungi lebih byk potasium berbanding pisang.

KEKACANG
kekacang seperti badam, pistacio dan walnut penuh dgn kebaikan vitamin B dan E. kebaikan mengamalkan memakan kekacang sebegini dpt mengurangkan tekanan darah disamping merangsang sistem imunisasi tubuh anda dengan lebih baik.

.: MAKANAN UNTUK SI MANJA :.

bilakah makanan pejal patut diberikan?
aku sdiri pn start bg makanan pejal kat baby aku masa umur dia 3bln ++. :D ...
sepatutnye apabila simanja berumur 6 bulan kerana sistem imun dan penghadaman berupaya mengendalikan makanan pejal. namun begitu, simanja juga boleh menikmati makanan pejal sekiranya simanja menunjukkan tanda2 seperti :

> simanja merenung makanan dengan penuh minat
> menghisap tangan wlpn sudah disusukan
> tidak lagi melunjurkan lidah apabila mulutnye disentuh
> simanja boleh duduk tegak dengan sokongan


Apakah cara yg betul untuk memperkenalkan makanan pejal kepad simanja?
makanan harus diperkenalkan satu persatu dan bayi patut diberi masa 3-5 hari untuk menyesuaikan diri dengan makanan tersebut. dgn cara ini, kite boleh mengesan alergik bayi dengan makanan. apabila memberi makanan pejal kepada simanja, gunakan sudu untuk menyuap. elakkan bayi menghisap makanan pejal menggunakan botol. ini kerana untuk mengelakkan bayi anda tercekik. bayi mmg mudah untuk tercekik.


tips membantu simanja menikmati makanan dengan selamat dn riang
> lenyek atau potong makanan mengikut kebolehan simanja memakan
> pastikan simanja makan dlm keadaan duduk
> berikan makan ketika simanja tidak terlalu lapar.
> jgn pakse simanja makan sesuatu yg di enggan makan atapun sesudah kenyang.
> jgn risau tentang kecomotan bayi ketika makan.

akhir sekali, bersabarkan dengan simanja dan anda pasti akan menikmati saat2 yg menggembirakan...


sumber : majalah WANITA mei 2009



:: just tips untuk diri sendiri....






.: FAMILY PLANNING :.

mase aku melahirkan baby asyraaf, aku x dpt nk bersalin normal. ade beberapa sebab aku ter'kena' bersalin cara caeserian... apa yg doc bgtau mase aku tgh sakit, dia kata jantung baby dh lemah disebabkan air ketuban dah kering.. dh seharian air ketuban aku pecah. tambah lak tali pusat baby gak terbelit. makin diteran, makin lemah jantung baby (graf jantung baby pn makin mendatar je).. mase kali ke2 teran tu, kepala baby dh kuar (dari apa kata doc la.. aku bukannye nampak pn). mungkin sbb tali pusat terbelit la kot dia xleh nk kuar dengan jayanya. terpakse la terima surat dari doc tuk tandatangan sblm ditolak masuk bilik operation... apa kan daya. aku lagi x sanggup terima berita buruk... seingat aku, kol4 aku kena tolak dari labor room (tgk daripada jam kat labor room tu la) gi bilik operation.. alhamdulillah, sejam gak doc2 dok proses aku kat dlm bilik operation tu, aku ngan baby selamat n dah kena tolak kuar... bersyukur ssgt time tu.. x leh nk gambarkan la perasaan mase 1st time tgk muka anak 9bln dlm kandungan... kol6 lebih gak la br aku ditolak masuk wad. dpt la aku jupe suami n family tersyg yg datang tunggu aku. 3 hari kena dok wad. mase hari ke3 n sblm kuar wad, doc ade bgtau yg aku x bule pregnant lg dlm mase terdekat kalu x nk terima risiko yg kurang baik.. plg2 pn 2thn br bule kalu nk pegnent lagi.... camni la kalu dh bersalin cara caeserian.. dia ade gak la kasi beberapa tips tuk merancang keluarga. arini disebabkan xde keje, aku cari la skit info psl family planning.

Yang pertama guna pil hormon. Pil hormon pun ada macam2 dari yang murah sampailah yang mahal. mintak pendapat dan nasihat doc terlebih daluhu yang mana sesuai dan apa bezanya. x sume orang sesuai ngan satu2 ubat.. ade yg makan pil bule smpi sakit2 kepala... ade gak makan pil smpi berat badan pn bule naik. dan macam2 lagi la.... kalau kita nak breasfeed, ada pil hormon yang khas dan tak keringkan susu badan (tips ni gak doc kasi mase gi klinik bln lps) .

pil perancang keluarga


Ada juga cara IUD(Intrauterine Device) iaitu besi khas yang di masukkan dalam vagina kita. aku x tau sgt pasal cara ni sbb x penah mencuba. tapi ade gak la aku surf2 kat tenet pasal ni. IUD juga ada tempohnya dan perlu di periksa selepas beberapa tahun.




Lagi satu cara kita guna kaedah kalendar. Kita guna kiraan hari subur. Maknanya kalau masa hari subur tu, elakkan dari bersama dengan pasangan kita. Seeloknya kalau guna kaedah ni, kita kena la terangkan pada si suami dulu. karang tak pasal pasal pulak si suami masam muka..hehehe.



Injection pun boleh juga kalau nak guna cara ni. injection ni kat tangan je kot. lupa lak apa nama injection tu. tapi ade spupu aku guna cara ni. dia buat setiap 3 bulan sekali. aku x tny lak dia wat sdiri or gi klinik.. i think, klinik kot :D



Nak yang paling senang sekali, breasfeed kanlah bayi kita tu selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Bukan saja risiko mengandung tu rendah, malah badan pun cepat slim sebab banyak lemak dan kalori terbakar masa breasfeeding tu. ni bkn takat cara nk merancang keluarga dah ni.. ni dh jadi tips tuk meng'slim' kan badan lak.. hehehe.. 2 in 1 terus.. bagus tu guna cara ni..




Jadi kita fikir2kan dan pilih lah cara mana yang paling sesuai. dan yg penting bincang dengan suami setiap satu cara tu. Biar mereka tahu dan boleh bekerjasama.





:: MENGHINDARI KELETIHAN KETIKA BEKERJA ::


Untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba.

Bersifat positif terhadap pekerjaan
Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.

Bersantai sejenak
Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja. Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

Nikmati humor dan ketawa
Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram.

Bekerja secara sistematik
Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.

Banyak minum air mineral
Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.

Lakukan aktiviti fizikal
Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif. Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.





.: PETUA MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU :.

Terdapat beberapa petua yang boleh dijadikan panduan untuk memperbanyakkan pengeluaran susu ibu. Ada yang berkesan bagi sesetengah ibu tetapi tidak kepada yang lain. kite bolehlah mencuba setiap satu darinya atau memilih yang mana yang paling mudah untuk dilakukan dan sesuai untuk diri kita sdiri.

1. Petua yang paling mujarab dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan adalah dengan menambahkan lagi kekerapan penyusuan. Lebih banyak susu dkeluarkan dari payudara ibu, lebih banyaklah susu gantian yang akan dihasilkan semula. Dengan cara ini, bekalan susu akan dapat ditingkatkan.

2. Mengambil herba atau makanan tambahan dapat membantu bagi sesetengah ibu. Antara herba atau makanan tambahan yang pernah dianjurkan adalah:
- minuman soya yang berkandungan protin tinggi. Ambillah minuman soya sebagai minuman tambahan sebelum atau selepas penyusuan
- spirulina yang mengandungi pelbagai zat tambahan sesuai untuk ibu menyusu. Makanlah spirulina mengikut sukatan yang dianjurkan oleh pengeluar produk
- halba(fenugreek) iaitu sejenis rempah yang biasa dimasukkan dalam masakan kari. Halba ini boleh didapati di kedai runcit(india). Basuhlah bersih-bersih halba ini dan keringkan. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan ambil sebanyak 1 sudu makan setiap kali untuk dimakan. Cara memakannya terpulang. Ada yang merendam di dalam air panas selama 15 minit dan meminum air rendaman halba. Ada juga yang menelan terus halba tersebut.
- Habas sauda(jintam hitam) juga boleh diambil dan didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu
- Herba Shatavari(asparagus recemos) dari Himalaya juga dikatakan dapat menambah pengeluaran susu.

3.Pengambilan cecair yang mencukupi dalam bentuk minuman berkhasiat, susu atau air kosong dapat menjamin pengekalan kandungan air di dalam badan ibu dan membantu melancarkan lagi pengeluaran susu ibu.

4.Selain dari kaedah herba, ubat yang boleh didapati di farmasi juga dapat membantu pengeluaran susu. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini tidak digalakkan untuk penggunaan ibu menyusu biasa. Ini kerana sesetengah ubat seperti Domperidone atau Maxalone ada memberi kesan sampingan bagi sesetengah ibu. Ubat seperti ini biasanya dianjurkan untuk ibu yang mengambil anak angkat dan mahu menstimulasi pengeluaran susu supaya dapat menyusukan anak angkatnya.


sumber : aku cari dari tenet semasa aku mengalami masalah pengeluaran susu ibu yg amat sedikit. skang ni, alhamdulillah.





.: BAGAIMANA INGIN MENYUSUKAN ANAK DENGAN JAYANYA :.

arini aku x de pe nak coret kat blog ni.. tapi aku nak membebel sedikit pasal “BAGAIMANA INGIN BERJAYA MENYUSUKAN ANAK”

Laa..nak susukan anak pun nak kena belajar ka?

kita sebenarnya jangan la terover confident lak.. nnt kang terover sgt, kite gagal menyusukan anak dengan jayanya. Itulah yang sering kali menggagalkan kita kerana kita over confident konon kita ni ibu yang dahsyat! Kita ibu yang hebat sebab kita bagi anak kita pakai baju berjenama..pakai stroller gaji sebulan engineer kilang..kita rasa gah..SAYA IBU TERBAIK... semua kita nak bagi yang terbaik…sehingga kita terlupa nak belajar...belajar menjadi ibu….

yang pertama…mengandung 9 bulan 10 hari/40 weeks…dan ada yang tak sampai..tak kisah la…berapa lama tempoh anda mengandung…itu rezeki masing-masing la (aku sdiri pn pegnent x smpi pn 40 mgg :D)...


bagaimana nak berjaya susukan anak dengan susu ibu


1. pilihlah hospital/klinik untuk check up bulanan ketika hamil yang breastfeeding friendly.

Kalau yang BF friendly ni mereka akan provide kita paling2 koman pun risalah bab susu ibu…tak caya try la…


2. Pilihlah kawan yang menyusukan anak yang boleh bantu anda ketika anda hamil terutama kehamilan pertama.. nnt kite bule la mintak tips dan pendapat diorang..


3. Pilihlah hospital bersalin yang breastfeeding friendly juga (Hospital kerjaan memang rakan bayi)..


4. Ketika hamil…takyahlah nak survey apakah jenis puting tiruan(sama ada silikon ka... getah ka...latex ka…) so, surveylah apakah device yang mungkin anda boleh guna nak feed EBM buat anak kita…Instead of pk botol-botol susu….puting-puting susu..pk la bab..feeding cup….breastflow botol ka…sudu ka apa ka…..


5. Tak yah hegeh2 nak survey apa FM terbaik…tak wujud pun FM terbaik…

jangan marah ya…yang bagi anak FM…FM tak ada yang terbaik cuma ada yang SESUAI dengan individu tertentu saja..sebab apa?? sebab kat semua tin FM ada tulis ‘susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda’ (aku sdiri pn bagi FM gak kat baby aku kalu x cukup stok susu yg dipam kat umah baby sitter).


6. Banyakkan mencari info bab susu ibu…

hukum menyusukan….
hukum suami minum susu isteri – suami minum susu isteri tak akan batal pernikahan.. tak akan jadi anak susuan sebab suami dah tua.. bukan bawah 2 tahun...(aku cr info ni kat tenet) dah yang lain takyah nak perjelaskan dah... tapi janganlah suami minum susu isteri sampai anak tak cukup makan plak.. hehehe... melampau la tuh..
hukum menyusu lebih 2 tahun - tak salah laa.. selagi tak memudaratkan sapa-sapa kat muka bumi ini….
hukum anak susuan – anak yang anda lahirkan BUKAN anak susuan anda.. anak susuan tu anak org lain yang anda susukan…tu pun kena cukup syarat la kalau takat sekali minum tak de nya nak jadi anak susuan..


7. Kenalpasti antara mitos... perkara karut dan sebagainya tentang susu ibu...

anda hanya akan yakin dengan susu ibu jika anda benar-benar kenalinya... kalau dah kenal.. apa jua orang cerca tentang susu ibu anda akan gah.. bergaya... sampai anda rasa malasnya nak ajar orang-orang yang tak akan reti bahasa itu (kejamnye)


8. Join la kelas-kelas keibubapaan yang relevan…

Paling koman pun, join le forum parenting yang berilmu bukan untuk meniaga ataupun untuk promote blog semata..


9. suami dan isteri haruslah sering memahami... kalau tak sefahaman.. carilah pasangan lain (yg ni jgn lak ikut)hahaha

ajak pasangan anda belajar bab susu ibu….dan bab-bab yang lain-lain juga…parenting world bukan macam ‘small world’ disneyland..


10. Istiqamah & wasatiah

Jangan over... niat kena betul. menyusu anak kerana Allah SWT...


11. Doa


berdoalah agar Allah bantu kita sepanjang masa... minta dipermudahkan segala urusan….


12. kesungguhan & keazaman

bukan setakat di bibir tapi dizahirkan




sumber : byk dapat dari tenet tuk panduan aku sdiri...





.: PUASA DAN MENYUSUKAN ANAK :.

Apabila ibu yang menyusu berpuasa memang akan berlaku sedikit perubahan di dalam pengeluaran susu. Biasanya, susu akan kekeringan pada penghujung hari menghampiri waktu berbuka. Maklumlah kita tidak mengambil sebarang makanan dan minuman sepanjang waktu berpuasa.

Walau bagaimanapun, untuk mengatasi keadaan ini, bule la try petua:

1. Sepanjang waktu malam (iaitu ketika kita boleh makan dan minum) susukanlah bayi kita semaksimum yang mungkin. Ini dapat mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari.

2. Minumlah lebih air di malam hari. Makan makanan yang berkhasiat serta amalkan sunnah nabi iaitu buah kurma. Kandungan khasiat di dalam buah kurma amat tinggi dan dapat membantu ibu menyusu.

3. Apabila telah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-kauthar dan minumlah seteguk air kosong sambil berdoa agar dikurangkan rasa dahaga sepanjang waktu berpuasa.(kerana lazimnya ibu menyusu akan berasa dahaga selepas menyusukan bayi)

4. Jika perlu, ambillah vitamin dan makanan tambahan untuk sepanjang bulan puasa untuk memastikan badan kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menjalani ibadah puasa serta meneruskan tanggungjawab sebagai ibu.

5. Seterusnya berdoalah agar kita diberikan kekuatan dan dipermudahkan untuk melakukan kedua-dua ibadah ini kerana susu ibu adalah rezeki yang dikurniakan Allah terhadap anak kita dan jika telah ditentukan rezeki untuknya, pasti ada jalan untuk rezeki itu sampai kepada bayi kita dengan apa cara sekalipun.