Daisypath Anniversary tickers

.: KENAPA PERLU CIUM ANAK :.

smlm aku dpt email yg di forward oleh opismate aku... aku rase benda ni bule dijadikan pedoman tuk sume... so, sblm aku blk, aku nk post benda ni dulu.. bule kongsi2 bersama.. baca la..

Kenapa perlu cium anak?

Pada Sesiapa yang ada anak tu, ciumlah anak jangan jemu... never realized that cium anak has tremendous pahala towards the parents. Yang tak de anak tu, cepat-cepatla buat anak, yang belum kawin tu cepat-cepatla kawin. Yang belum ramai anak tu, cepat-cepat la ramaikan anak...

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allahakan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang2 dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium..."

Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."



:: tq wan sbb forwardkan ilmu yg berguna nih.





3 Responses
  1. Anis Hafizah Says:

    hari2 mau cium ajiqqqqq!!!..heheheheh


  2. $ue @nim Says:

    jgn lupe tuk en kudus lak.. kang asyik cium anak je, lupe lak tuk org lain..hehhee


  3. FaraMie Says:

    baru aku sedar cium anak pun besar pahalanya..cuma kita xtau. Begitu mudah kita nk perolehi pahala n juga dosa.kasih syg yg diberikan utk anak dgn ikhlas akan dibalas oleh anak suatu hari nanti