Petikan kata2 daripada ahli ibadah , “ Waktu kita dilahirkan diiringi dengan tangisan-tangisan , sedangkan orang-orang disekelilingi kita menyambutnya dengan gembira, senyuman, ketawa … untuk itu beribadatlah kamu , moga-moga kita bisa tersenyum, gembira , ketawa di waktu orang disekeliling kita menangis,meratapi , bersedih disaat kematian kita”.
Kalau Sayyidina Abu Bakar/Sayyidina Umar yang dijamin masuk syurga boleh menangis,menitiskan airmata di saat mengenangkan kehidupan di alam barzakh …siapalah kita untuk kita ketawa, bersuka ria tanpa sedikit mengenangkan apa yang akan berlaku di alam barzakh nanti ???
Pernah satu ketika , Luqman berpesan kepada anaknya , “ Wahai anakku, singgahlah kamu di majlis2 yang ada di dalamnya menyebut nama2 Allah , moga2 rahmatnya yang turun dalam majlis itu , engkau pasti turut sama memperolehinya, tetapi janganlah engkau singgah di dalam majlis2 yang lalai yang tidak ada menyebut nama2 Allah, kerana bimbang nanti kalau turunnya bala, engkau juga akan turut sama memperolehinya”
Renung2kanlah ….fikir2kanlah ….
sekadar renungan untuk diri sendiri dan untuk di kongsi bersama...
Post a Comment