Daisypath Anniversary tickers

.: SENYUM :.


SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.
Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.
"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.
Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah!!!
"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.
Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak mulakan ? Mulakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas
SENYUMan anda itu.
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.




2 Responses
  1. MYRAspberry Says:

    mesti la naaaaaaaaaakkkkkkkk...hehehe... mak su nak dtg anta ke?? hihi...tengkiu2... dah tak berapa busy dah sekarang nih...eh tapi nak dtg bgtau la dulu kot2 da kat ofis ke weekend ni...tp rasanya tak keje kot..


  2. $ue @nim Says:

    ok...ok.. nnt ahad ptg kot maksu gi antar... sabtu xleh.. ayahsu ade keje.. pe2 sblm maksu gi, maksu rojer2 dl k..