.: KOPI & KELEBIHANNYA :.

untuk minda :

kajian menunjukkan daya fokus dan ingatan semakin baik dengan pengambilan kopi. jadi, minumlah secawan kopi untuk kepekaan dan kecerdasan.

untuk kesejahteraan :


kopi secara semulajadi mengandungi antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas(akibat pencemaran, stress, merokok dan sinar matahari) dan melindungi sel tubuh daripada kerosakan.

untuk tubuh :

1. tingkatkan prestasi fizikal

kafein menggalakkan pengecutan otot, mempertingkatkan penghantaran saraf otot dan meningkatkan penjanaan tenaga, lalu membolehkan seseorang yang mengambilnya melakukan senaman yang lebih berat dan meningkatkan daya ketahanan.

2. membantu pengurusan berat badan
menurut kajian, kafein merangsangkan kalenjar adrenal untuk mengeluarkan hormon katekolamin yang meningkatkan kadar metabolisme lalu meningkatkan pembakaran lemak.



::aku dh lama x minum kopi.. sbb penah dpt tau yg kopi ni bule menyebabkan susu badan kita berkurangan.. aku BF.. kesian la kat asyraaf kalu betul2 jadi.. btl ke x, aku x tau la.. cuma aku penah dgr org ckp je la..


sumber : nestle pamplet..



0 Responses