Daisypath Anniversary tickers

.: JANGAN :.

mase aku blk kg aritu, mak aku ade bgtau yg cucu jiran aku ni ade kat spital kt kl... nape??... sbb ade darah beku dlm otak... nape bule jadi camni... tu aku kurang pasti penyebabnye.. mungkin sbb terkena hentakan ataupn gegaran kuat kat kepala... kesian kat cucu jiran aku tuh.. umur x smpi sthn pn... mula la aku bayangkan camne kalu jadi kat anak aku... mintak simpang sume tuh... mintak dijauhkan dari dugaan camtu... aku x sanggup terima... x jadi la aku nk belikan asyraaf buaian elektrik(request dari babysitter )... takut la.. takut time dok dlm buai, terjatuh ker, terhantuk kat lantai ker.. terus aku surf kat pasal ni....
:
:
:
:
:


SBS (
Baby Shaken Syndrome) merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi ( occupational stress ).


PENCEGAHAN


1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.

2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.

3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.



Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.



:: petikan dari sumber internet.. (sori lupe nk save url dia la...)


2 Responses
  1. CtQatrun Says:

    sue..mmg jgn la pakai buaian...bkn sbb risau jatuh jer...hayunan buaian tu pun bleh menyebabkan gegaran pada otak baby dan penyebab darah beku pada kepala atau otak...
    ari tu aku ade baca artikel pasal buaian ni...
    tp lupa dah kat mana aku baca...hehe


  2. $ue @nim Says:

    tu la... aku pn lps mak aku crite camtu, trs aku surf kat tenet punca2 jadinye darah beku kat otak.. mmg btl pn buaian adalah salah satu penyebab... trs cancel nk beli buaian elektrik.. biar buai kat tangn ibu dia je la.... br la nmpk urat ketul2 kat lengn ibu dia.. br org tau bahwasanya ibu dia ni kuat.. ekkeke