Daisypath Anniversary tickers

.: RINDU ASSYURA :.



bile masuk bulan muharam, mula la otak aku dok pikir alah benda nih... bubur asyura... pahtu terbayang2 tgh makan asyura.... sedapppp nye... ala.. nak bubur asyura. sll kalu blk kg, mmg akan ade la org wat bubur asyura... sedapnyeee.... SAYA NAK BUBUR ASYURA... huhuuh.. ngidam nih... camne ek... sejak dok kl ni, x penah lagi aku merasa bubur asyura made in kl... mmg x penah jupe pn sejak 6thn aku kat sini nih.... x tau la kot2 asyura kat kl ni x sama cm yg kat kelantan....

demi mengubat rindu aku(rindu sapa2 yg suke benda ni gak la) kat bubur asyura, aku ngan gigihnye dengan bantuan pakcik google cari bubur asyura... xleh rase, bule tgk gmbr je pn dh kire okkkkk la...... (tapi kalu bule makan lagii sedap)...






sumber : http://salbiahspace.blogspot.com/2009/02/teringin-nak-makan-bubur-assyura.html






.: CIRIT-BIRIT :.

arini nk crite pasal anak teruna kesayangan aku yg sorang tu la, si asyraaf..... skang ni dia dh pn berumur 1 tahun 7 bln.... dh macam2 ragam skang ni.. yg baik pn byk. by x brape nk baik pn byk.. budak2, terikut2 la ngan sekeliling... xpe la... kita sbgi parent ni, dh jadi tanggungjawab nk membetulkan ape yg slh kan...

asyraaf skang ni, br je lps cirit birit yg teruk(sblm ni x penah lagi cirit birit)... seb baik start onar ari jumaat... weekend dok ngan ibu ngan abah dia je... aku pn x tau nape leh jadi camni.. slh mkn ke ataupn sebab lain, wallahullam.. korang bygkan la, pampers 30 keping hampir2 abis pakai 2 hari je.. smpikan, xde benda nak buang, buang air je... mula2 tu, aku mls nk bwk gi klinik... kununnye nk bg mkn jambu je... tapi bile tgk ari sabtu tu, bontot dia dh merah2, last2 bwk gi klinik gak... gi klinik, doc plak xde...x nk gi klinik lain, sbb dh biasa n asyraaf pn ngam ngan doc tu.. dh doc xde, aku gi beli ubat kat farmasi je la. dh abis ubat tu, x jalan gak... masih lagi cirit birit... hinggakan nk basuh 'beyak' dia pn, nangis.. sapa x nangis.. tgk pada punggung dia, mmg dh merah.. mesti pedih.. x smpi ati tgk dia dok murung je, ahad tu bwk gi klinik lagi.. seb baik doc ade.. dia bg ubat n cek2 mana yg patut.. pahtu, aku mintak nasihat doc tu skit.. time tu, bule plak asyraaf ni main itu ini dlm bilik doc tuh... dh la org larang dia wat pekak badak jer... seb baik dh biase ngan doc tu je la... kalu x, mesti dia ckp pe kat aku kan.. hehehe

isnin aku keje cam biase... terpakse la pesan kat ngasuh asyraaf yg asyraaf tu cirit birit... aku bekalkan pampers nipis je la.. syg plak nk pakai pampers tebal2 kalu pakai x smpi sejam dh kena buang... at least pampes nipis, harga pn nipis skit.. tu yg ibu asyraaf suke.. :D....

kat sini aku nk bg skit tips kat bloggers terutama skali tuk ibu2 yg ada anak kecik(kalu dah anak2 tu besar, diorang dh pandai jaga sdiri :D)... ni nasihat dari doc la...

1. kalu anak cirit birit, elakkan dari bagi susu... mmg aritu asyraaf pose susu la time dia cirit birit(mmg dia x nyusu botol pn kat umah).. mengikut kata doc, kalu kita teruskan bg susu kat anak2 yg cirit birit, kemungkinan cirit birit akan ssh nk benti(tapi kalu bby yg hanya nyusu je, camne lak ek???? lupe nk tny doc la..)...

2. gantikan susu ngan minuman yakult.. mengikut kata doc, bakteria baik dlm minuman yakult ni bule melawan cirit birit..

3. sekiranya ade ruam merah2 kat punggung anak, itu adalah jangkitan kulat... jadi, sapulah cream tuk kulat... kalu sapu cream lain, lmbt baik... mmg pn... mula2 jadi kat asyraaf, aku sapu cream kelapa dara je.. tapi x baik2 gak.. last2 gi klinik, dia bg cream tuk kulat... pakai sehari je, esknye dh baik.. dh baik maksudnye, merah2 tu dh xde la.. dh jadi kehitaman(mungkin dah jadi parut kot...)..


ni je rasenye pesanan2 berguna yg doc bg kat aku aritu... kalu korang2 ada mengalami masalah cam aku nih, bule la try guna nasihat di atas... mane tau berkesan gak kat anak2 korang... kan.... kita hanya berikhtiar jer...


:: wlpn asyraaf x sihat, makan ttp berselera... hehehe...




.: BLOG TAK BER'UPDATE' :.

sudah lama aku x update blog ni.. kalu rumah, dh bersawang kot.. silap2 dah bule jadi rumah 'spiderman'.. hehehe.... agak bizi kebelakangan ni.. bukannye bizi smpi xde mase free langsung.. tapi sbb kebelakangan ni aku sll kena gi wat keje kat tmpt client, tu la wat buat aku lagi x berkesempatan nk update blog....

tunggu la mode berblogging dtg dl la... sbnrnye byk benda yang aku nk coret kat sini.. tapi tu la, x sempat nk taip pn lagi.. weekend???? mmg aku jarang ssgt bukak laptop ni... bukan x nk bukak.. tapi kalu aku bukak, kompem si asyraaf tu dtg nk tekan2 gak... aritu siap dok lagi atas laptop nih... tu la aku x bukak laptop depan dia.. mahunye rosak laptop ni, sape nk ganti.. dh la laptop kompeni.. mampus gaji aku sebulan kena potong...

nnt la sedikit masa lagi.. akan ku coretkan serba sedikit crite kat blog ni.. skang ni, sesi melawat blog kekawan je dl...




.: MUHASABAH DIRI :.

aku ada dpt share info dari sahabat FB aku...bule jadikan muhasabah diri skit... just nk share ngan kwn2 blogger.... jom baca...



Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... (Muhasabah)
by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.


Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?


Maka saya hendak bertanya kepada anda.


Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?


Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.


Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.


Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,


“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”


Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.


Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.


Nah… Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”


Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.


Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.


Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.


“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”


ALLAH menjawab,


“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya


Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?


Saya yakin tidak..


Anda tenang sekarang?


Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.


Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.





.: KISAH TAHI LALAT :.

tahi lalat bule berukar jadi kanser... btl ke ?????

tempohari, aku ade didatangi tetamu.. kwn asben aku dari jb.. dia ade keje kat kl.. jadinye, dia tumpang la tido kat umah aku... aku pn mmg kenal kwn asben aku yg ni sbb dulu dia adalah salah seorang jiran aku... bini dia pn aku kenal.. cuma x brape rapat la sbb bini dia jarang ade kat umah memandangkan dia tgh blajar kat johor.. so, kenal gtu2 je la.. time dia blk subang(mase dia dok sini dl la), sll la kuar sesama.. gi mancing la.. gi berkelah la.. tu kisah dl la..

sbnrnye aku bkn nk crite pasal dia tuh.. tapi nk crite psl lain.. malam tu, xtvt kami, borak2 kosong je la kat umah... pahtu tiba2 camne tah bule terkeluar pasal tahi lalat.. aku ni nk mmg ala2 ratu tahi lalat gtu.. hehehe.. dia ade la crite pasal jiran kg dia... pasal tahi lalat jiran kg dia tu makin lama makin membesar..membesar .. dan membesar... last2 gi klinik doc sahkan tu kanser.. mak aiii. .takut je dgr.. dh la tahi lalat tu atas idung.. rompom(korang paham ke perkataan ni :D) la idung dia sbb doc terpakse buang sel2 kanser yg dh makan isi idung tuh... fuh!! xleh nk imagine aku camne kalu doc buang sedikit isi idung..

pahtu aku mula la terpikir, camne ngan tahi lalat aku ni????.. dh la tiga2 tahi lalat kat muka aku ni sume tahi lalat idup.. takut nye kalu aku pn mengalami nasib yg serupa ngan orang tu... oh!!! mintak simpang..

arini, aku ade la surf sikit info pasal tahi lalat n kanser kulit ni.. ade terbaca kat blog sorang ni dan juga sini.. takut la plak.. dulu2 mak aku penah soh aku gi buang tahi lalat aku nih.. tapi bile gi klinik gomen, doc situ kata, biar je la kat situ (kalu klinik private, mesti dh soh buang tuh..masyuk la skit kat diorang kan...).. dia siap ckp, jadi penyeri lagi tuh... hahaha.. saje je la tu mls nk layan aku kot....

aku penah gak tny kwn2 yg penah wat laser kat klinik... tny kos dia mahal ke x.. kwn aku kat kelantan dia ckp dia wat kat spital gomen, xde la mahal..tapi beratus2 gak la... tapi aku takut la plak nk gi wat laser nih... dh la tahi lalat aku ni kat ngan mata... kang x pasal2 effect kat mata aku.. terpakse plak guna permata hijrah kn.. eh!!! nape plak tiba2 kuar iklan pasal permata hijrah plak.. hahaha

korang2 rase, ptt ke aku buang tahi lalat aku nih.. kang kalu aku buang, ada org kata mengubah ciptaan Allah plak.. bule ke ek kita buang tahi lalat... bile terdengar crite2 yg camni, rase cam nk je aku gi buang.. lagipun makcik aku dulu pn penah gak ade tahi lalat cam aku ni.. tapi dia x gi wat laser pn.. cuma lama2 tahit lalat tu akan pecah sdiri.. yg tu, lagiii la sakit.. adeh!!!!.. camne ni ek....




.: TAG + AWARD LAGI :.

aku dpt 2 awrd dari kwn aku, fyda... tapi aku skalikan dlm satu entry je la ek... 2 in 1.. :D


1st award


1 : Thanks the person who gave you this award and the link of the person
trima kasih sahabatku, fyda

2 : Speard the award 15 blogger who you like and you think their blog are awesome
- anis
- yanie
- Amira
- cikgu izyani
- wan wazan
- nasrah naim
- fieza
- mama elman
- adeh!!! kebanyakan kwn2 aku dh ditag... so, kepada sesapa yg lum ditag, sila la tag diri sdiri k... rasenye x ckp pn lagi 15 org...

3 : Tell 7 things about yourself
- hamba ciptaanNya, anak kepada ibubapa ku, adik kepada kakak2 dan abg2ku, isteri kepada seorang suami, ibu kepada seorang anak :D
- dilahirkan tanpa kenal bapa kandung (ayah aku meninggal mase aku dlm perut lagi.. )
- skang ni mode : mahu cari keje lain.. kalu dpt gomen, alhamdulillah.. lama dh ngidam ni :D
- suke jalan2.. asal leh jalan jer, demam pn leh ilang.. hehehe...
- x suke mengalah.. hahaha.. sbb tu la dl sll je gaduh ngan kakak2 n abg2 aku... adakah kerna aku anak bongsu dan mereka2 sume mengalah ngan adik dia sorang ni.. :D
- berangan mahu memiliki rumah sdiri.. tapi lum kesampaian lagi... adeh!!!! mahu setle hutang sedia ada dl..
- dulu kurus kini sudah gumuks... huhuhu.. sapa2 yg ade tips tuk turunkan berat badan tu, dialu-alukan bg komen skit kat aku ni..




2nd award


nickname empunya blog
sue, ani


sepatah dua kata utk pemberi award
trima kasih bbyk...
dh lama x dpt award nih... :D


feveret artis
feberet artis ni ssh nk jwb.. sbb nye aku layan je sume..... :D....



yg kena TAG
seperti jawapan bagi 1st award di atas la.. aku mengalu2kan sesapa yg sudi amik award ni...